Monday, November 10, 2008
Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George W Bush ~ Malaysiakini
Pertama sekali, Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Masya Allah, kamu ingat bodoh sangatkah kita ni Mukhriz? Di Ipoh Timur di mana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato’ Zaki Zahid) telah memberi ‘peluru’ kepada para perwakilan, tetapi malang buat Mukhriz, peluru Khir lebih hebat.
Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Mukhriz adalah anak Mahathir, darah daging Mahathir, dibesarkan oleh Mahathir, dan ramai memberi sokongan kepadanya pun sebab Mahathir. Dan Mahathir inilah bapa kepada politik wang UMNO. Manakan logik Mukhriz ini bersih?
Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Wah, lantang sungguh. Tapi lantang yang angkuh dan biadap. Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata sebegitu. Yang selamat dia berani lah, isu yang ada risiko sedikit kepadanya, Mukhriz tidak berani - debat pun tak berani! Slogan Mukhriz wajar diubah dari Berani Berubah kepada Berani Bertempat.
Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?
Dan jika pun orang yang mendahului pencalonan itu adalah suara sebenar akar umbi, Mukhriz sendiri mengakui bahawa ada orang yang memberi rasuah atas namanya. Jadi sudah pasti kalau pun orang-orang tersebut bukan ejen Mukhriz - yang memang kita tak percaya - keputusan para perwakilan di peringkat Bahagian sudah dicacatkan dengan politik wang atas nama Mukhriz Mahathir. Jadi, apa maksud kau Mukhriz?
Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula baca wawancara Mukhriz ini - macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.
Tempoh hari, Mukhriz ada ditanya soalan “Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?” Jawapannya, “Saya ada kilang fiber optik; semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya”. Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga ‘mengkantoikan’ dirinya sendiri. Sebab bapak kau PM dulu la kau dapat monopoli bisnes macam tu! Kah kah kah.
Tuesday, October 14, 2008
Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? (Bahagian 3): Sanggup Bunuh Untuk Lepaskan Diri
Dalam bahagian ini, kami mengupas isu hangat pembunuhan gadis Mongolia Altantuya Sharibuu dan pengbabitan terus Najib Tun Razak dan isteri durjananya Rosmah. Pendedahan ini semata-mata mendidik ahli UMNO dan rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pasangan suami isteri yang barangkali bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara tidak beberapa lama lagi. Moga-moga ia akan menginsafkan kita semua supaya berwaspada terhadapa gandingan Najib-Rosmah ini dan memantau gerak-geri mereka selepas jawatan Perdana Menteri disandang hasil taktik tikam belakangnya terhadap Abdullah Badawi, yang walau banyak cacat-celanya sebagai pemimpin, tidak langsung menampakkan perangai rakus ala-Najib.
Bagi yang mendapat info dari SB dan mereka-mereka yang dekat dengan individu-individu berkaitan, tidak syak lagi bahawa Najib-Rosmah memang mengenali Altantuya dan memang terlibat dalam pembunuhan wanita itu. Ceritanya cukup dramatis dan layak dijadikan skrip untuk sebuah filem Oscar.
Segala-galanya bermula sekali lagi dengan amalan korupsi Najib. Skandal kapal selam buatan Perancis SSK Scorpene wujud semata-mata kerana sebuah klien Perancis untuk firma guaman Rosmah. (Pelik bin ajaib, firma guaman Rosmah ini hanya mempunyai satu klien Perancis itu sahaja!) Dalam rundingan kontrak ini, Razak Bagindalah yang menjadi broker Najib, sepertimana yang lama dia lakukan selama bertahun-tahun sebelum ini. Untuk menggelapkan duit rakyat, komisen perjanjian Kementerian Pertahanan-SSK Scorpene ini serta wang haram Najib-Rosmah diberi terus kepada Razak Baginda yang 'menyimpan' wang itu untuk Najib-Rosmah, agar salahlaku Najib ini lebih sukar dikesan Kerajaan atau BPR.
Tapi dalam proses perundingan untuk kontrak SSK Scorpene ini muncul seorang wanita Mongolia bernama Altantuya yang dikenalkan oleh Najib kepada Razak untuk membantunya kerana fasih berbahasa Perancis. Tapi Altantuya tidaklah sebodoh mana yang disangka Najib: dia sedar bahawa rundingan untuk SSK Scorpene ini sebenarnya berbau rasuah, dan dia juga tahu bahawa jika dibongkarkan kepada umum, nescaya hancurlah karier politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Apa tidaknya, rahsia kelamin Najib pun mampu dibongkarkan Altantuya yang beberapa kali meniduri Najib, lelaki yang terkenal gila seks dan skandal.
Maka berbekalkan keyakinan, Altantuya pun mula meminta semacam 'wang perlindungan' dari Najib, melalui Razak Baginda, untuk menyimpan rahsia-rahsia Najib. Razak yang sudah sekian lama tidak tahan dengan Altantuya pun memohon Najib melakukan 'sesuatu'. Dengan rangkaian kenalan polis dan tenteranya itu, Najib pun mengizinkan Razak Baginda melakukan apa yang perlu untuk 'menutup mulut' Altantuya sekaligus! Walaupun kami tidak mengatakan bahawa Najib sendiri yang membunuh Altantuya, tetapi hakikatnya Najib benar-benar mahukan masalah Altantuya ini diselesaikan segera dengan apa cara sekalipun, dan pembunuhan ngeri Altantuya ini dilakukan atas restu Najib sendiri.
Tapi Najib mana mampu bergerak tanpa isteri durjananya. Tiada suatu kisah pun yang lengkap tanpa pendedahan pengbabitan si durjana Rosmah itu. Tentunya anda ingat kes kenyataan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang juga bekas anggota SB di khalayak ramai didampingi Anwar Ibrahim, bahawa Najib memang mengenali Altantuya cukup rapat sekali. Tapi keesokannya Bala menarik balik kenyataannya dan terus melarikan diri dari negara ini dan kini bersembunyi di Kolkata.
Hai, takkan lah tarik balik terus lari jika tiada 'arahan' yang dikeluarkan atau takut nyawanya diancam. Dan mana mampu Anwar Ibrahim itu mengancam nyawa Bala pun! Yang sebenar-benarnya, Rosmah sendiri yang memberi wang RM500 ribu kepada Bala pada hari itu untuk dia menarik balik kenyataan bersumpahnya itu dan cabut keluar negara; jika dia sekali-kali pulang tanpa izin Rosmah nescaya akan ada peluru menantinya.
Begitulah kisah Altantuya dan penglibatan Najib-Rosmah ini. Gandingan inikah yang akan memimpin Melayu dan Malaysia? Sedih aku dibuatnya!
Thursday, October 9, 2008
Keputusan Abdullah demi kepentingan negara
Abdullah yang muncul dengan wajah ceria pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional membaca satu demi satu kenyataan akhbar yang terkandung dalam tiga setengah halaman.
Walaupun pada sebelah paginya terdapat sebilangan penyokong beliau berhimpun di Putrajaya dan di sebelah petangnya di PWTC bagi meminta beliau terus bertahan sehingga 2010, namun Abdullah mempunyai percaturan sendiri.
Beliau meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya. Justeru, Abdullah membuat keputusan untuk berundur dengan jaminan melaksanakan beberapa inisiatif sebelum menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal pengganti beliau.
Ternyata, Abdullah seperti mana kata beberapa pemimpin komponen BN menunjukkan jiwa yang besar apabila bersedia melepaskan jawatan demi untuk memastikan kestabilan parti dan negara tidak tergugat.
Keputusan Abdullah sekali gus menamatkan spekulasi yang mula tercetus sejak akhir bulan lalu apabila beliau menyatakan akan mengumumkan kedudukannya dalam UMNO sebelum 9 Oktober.
Sepanjang tempoh itu rakyat dihiasi dengan pelbagai spekulasi, malah beberapa jam sebelum Abdullah menyatakan secara rasmi keputusannya, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) masih bertebaran bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO.
Namun, jelas sekali Abdullah tidak terpengaruh dengan pelbagai andaian atau tafsiran yang ada, antaranya ada pihak masih berusaha sehingga ke saat-saat akhir untuk memastikan beliau tidak melepaskan jawatan.
Bagi Abdullah, kelancaran peralihan kuasa pada bulan Mac ini seperti dijanjikan harus diutamakan. Justeru, beliau membuat keputusan tidak bertanding jawatan Presiden UMNO.
Kemudi kepimpinan negara dan UMNO akan diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dengan janji Abdullah untuk mengotakannya.
Kata beliau: “Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global, Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin dan kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama, melainkan perpaduan dan keharmonian.”
Sebelum pelbagai pihak melangkah dengan agenda politik yang lebih jauh mengenai siapa bakal bergandingan dengan Najib, Abdullah seharusnya diberikan sokongan padu oleh semua anggota Kabinet bagi melunaskan impian-impian beliau.
Abdullah sudah menyatakan antara agenda yang akan dilakukan adalah memperkukuhkan beberapa institusi negara iaitu badan kehakiman melalui pembentangan rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan penubuhan Suruhanjaya Aduan Khas.
Semua ini adalah agenda Abdullah sebelum meninggalkan Putrajaya dan Seri Perdana. Oleh itu semua pihak harus memberi sokongan seperti mana Najib berjanji akan membantu usaha tersebut.
Bagi pemimpin dan ahli UMNO pula, mereka harus menerima keputusan Abdullah dengan hati terbuka. Segala impian Abdullah yang tidak mahu melihat negara ini berpecah belah harus direalisasikan.
Mereka harus ingat pesanan Abdullah pada akhir kenyataan medianya iaitu, ”Ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit. Ini adalah masa untuk memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kita. Ini adalah masa untuk kita meletakkan kepentingan negara di hadapan mengatasi segala-galanya.”
Sememangnya Abdullah telah melakukan pengorbanan yang cukup besar selepas 45 tahun berkhidmat kepada negara, bermula sebagai pegawai kerajaan sebelum menjadi Perdana Menteri sejak lima tahun lalu.
Semua itu mampu dilaksanakan seperti mana kata beliau: ”Saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.”
Sumber-Utusan
Khairy dapat pencalonan pertama
Beliau yang juga naib ketua pergerakan tersebut, mendapat pencalonan pertamanya daripada bahagian Machang di Kelantan.
Pergerakan Pemuda Umno Machang mencalonkan Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, sebagai ketua ketua Pemuda dalam mesyuaratnya hari ini.Mesyuarat tersebut berlangsung di Sekolah Menengah Sains, Labok dekat sini hari ini.
Selain Khairy, tiga orang lagi telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut.Mereka ialah ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan timbalan pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam persidangan perwakilan Pemuda Machang hari ini, dihadiri oleh 337 ahli daripada 125 cawangan.Dalam pengundian yang dijalankan, Khairy mendapat 96 undi dan Mukhriz memperolehi 78 undi manakala ahli perwakilan lain tidak mengundi.
Bahagian itu mencalonkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar di Selangor, Faizal Abdullah, untuk jawatan naib ketua.
"Kami merasakan Khairy mampu menggalas tanggungjawab besar dalam usaha memperkasakan Pemuda dan seterusnya memperkuatkan Umno," kata Eriandi Ismail.
Sebelum itu, Eriandi menang tanpa bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian Machang menggantikan Datuk Sazmi Miah yang melepaskan jawatan kerana faktor umur.Umno Bahagian Machang akan mengadakan mesyuarat perwakilannya esok.
Wanita Umno bahagian itu, yang juga mengadakan mesyuaratnya hari ini, mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua Wanita Umno.
Sumber - www.malaysiakini.com
Wednesday, October 8, 2008
Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia?
Sebelum rakyat dan ahli-ahli UMNO memberi sokongan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri negara, wajarlah tingkahlaku dan dosa anak Perdana Menteri kedua Malaysia ini diselidiki sepenuhnya. Tolak ketepi dahulu kebarangkalian pengbabitannya dengan pembunuhan ngeri Altantuya Sharibuu yang mengaibkan kerajaan Malaysia di mata dunia. Imbasan ringkas sejarah busuk Najib dan isterinya Rosmah sudah cukup untuk mengajar kita betapa bahaya parti dan negara jatuh ke tangan gandingan suami-isteri (atau lebih sesuai, ISTERI-suami) ini.
Belum sempat keperitan hati keluarga mangsa-mangsa Helikopter Nuri diubati, kronisme dan nepotisme Najib-Rosmah terserlah dengan penggantian Nuri dengan Eurocopter, meskipun ia merupakan model paling mahal sejauh 25% dan tidak diuji medan perang. Mengapa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sekian lama enggan memeterai perjanjian untuk Sikorsky Blackhawk yang jauh lebih murah dan mempunyai rekod cemerlang di zon-zon perang?
Jawapannya datang dalam bentuk seorang adik bernama Nazim Razak yang muncul berkecimpung dalam isu-isu pertahanan negara sungguhpun merupakan seorang arkitek. Dengan rangkaian luasnya dengan pencipta-pencipta Eurocopter, Nazimlah sebenarnya yang menandatangani perjanjian Eurocopter sekaligus meraih komisen besar sewaktu rakyat Malaysia sibuk memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat.
Yang cukup membimbangkan kita, sebenarnya bukan Najib yang berkomplot langsung dengan adiknya Nazim dalam hal Eurocopter ini. Tetapi isterinya Rosmah, yang berkelakuan seperti wanita sihir atau "witch" dalam cerita kanak-kanak Inggeris! Rosmah cukup bijak; wanita durjana ini menghabiskan wang yang diberi Nazim, untuk bersuka ria di London. Siapa tak kenal Rosmah dan perangai borosnya itu di negara perantauan. Dalam satu kes, cukai-tambah-nilai sahaja dilaporkan oleh penguatkuasa di England sebanyak 50, 000 pound (sekitar RM350 000)! Jika cukainya yang tak sampai 20% pun sudah bernilai RM350 ribu bayangkanlah berapa tinggi nilai sebenar perbelanjaannya.
Tak cukup lagi dengan keborosan di kedai-kedai mewah di London, Rosmah juga menghabiskan RM 500 ribu untuk pembedahan plastik dan botox di London tahun lepas. Jika tak percaya, lihat sajalah wajah wanita sihir itu dulu dan sekarang; mustahil cukup tempe di Malaysia ini!
Mungkin sikap Rosmah ini tidaklah memeranjatkan, jika kita lihat sejarahnya yang lampau. Sudahlah mencuri suami orang (Najib pada awalnya berkahwin dengan Tunku Puteri), Rosmah cuba sedaya upaya menghalang Najib untuk menghadiri majlis akad nikah anaknya sewaktu bersama Tunku Puteri, Nizar Najib bersama anak usahawan mahsyur dan bekas Exco Wanita UMNO Malaysia Dato' Maznah Hamid. Kuatnya pengaruh Rosmah ke atas suaminya, Najib hampir-hampir akur dengan saranan Rosmah untuk tidak ke majlis tersebut.
Setakat ini sahaja bahagian satu siri Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia.
Tiga isu yang dikupas setakat ini:
1) Perjanjian kronisme Eurocopter yang menguntungkan Rosmah
2) Perbelanjaan lumayan Rosmah di London (wang rakyat!!)
3) "Queen Control" hinggakan perkahwinan anak sah Najib pun tidak direstui