Monday, November 10, 2008

Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George W Bush ~ Malaysiakini

Dalam wawancara bersama akhbar The Star yang dipaparkan hari ini, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang tampak agak janggal. Barangkali sungguhpun menjadi anak Tun Dr Mahathir, Mukhriz belum cukup ilmu politik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijakan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pertama sekali, Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Masya Allah, kamu ingat bodoh sangatkah kita ni Mukhriz? Di Ipoh Timur di mana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato’ Zaki Zahid) telah memberi ‘peluru’ kepada para perwakilan, tetapi malang buat Mukhriz, peluru Khir lebih hebat.
Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Mukhriz adalah anak Mahathir, darah daging Mahathir, dibesarkan oleh Mahathir, dan ramai memberi sokongan kepadanya pun sebab Mahathir. Dan Mahathir inilah bapa kepada politik wang UMNO. Manakan logik Mukhriz ini bersih?
Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Wah, lantang sungguh. Tapi lantang yang angkuh dan biadap. Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata sebegitu. Yang selamat dia berani lah, isu yang ada risiko sedikit kepadanya, Mukhriz tidak berani - debat pun tak berani! Slogan Mukhriz wajar diubah dari Berani Berubah kepada Berani Bertempat.
Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?
Dan jika pun orang yang mendahului pencalonan itu adalah suara sebenar akar umbi, Mukhriz sendiri mengakui bahawa ada orang yang memberi rasuah atas namanya. Jadi sudah pasti kalau pun orang-orang tersebut bukan ejen Mukhriz - yang memang kita tak percaya - keputusan para perwakilan di peringkat Bahagian sudah dicacatkan dengan politik wang atas nama Mukhriz Mahathir. Jadi, apa maksud kau Mukhriz?
Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula baca wawancara Mukhriz ini - macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.
Tempoh hari, Mukhriz ada ditanya soalan “Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?” Jawapannya, “Saya ada kilang fiber optik; semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya”. Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga ‘mengkantoikan’ dirinya sendiri. Sebab bapak kau PM dulu la kau dapat monopoli bisnes macam tu! Kah kah kah.

1 comment:

emy said...

pistol air,
nampaknya peluru mengatasi segala-galanya...
bagaimanakah cara untuk menghindarkan semua ini dari berlaku...
empunya diri tidak mengaku ..walaupun ejennya secraa terang-terangan menghalalkan cara[encalonan dibuat..
tapi, saya kira mukhriz yang dulu saya ,menjadi favourite saya dan kawan-kawan kini sudah berubah..tampak agak sombong, takbur, riak dan angkuh sedikit..lagaknya seoplah-olah mencapai lebih 100 pencalonan bhgn2 yang hendak dikatakan suara kakar umbi mahukan saya!!
gosh....jika aku? kumalu nak menyatakan begitu..
jadi selamat membuat analisa yang baik seperti ini bro pistol air....
all the best
Go Blog bro!!!!

tq emy
kpu3 melaka
http://emysamsudin.blogspot.com
http://pu3masjidtanah.blogspot.com